fb fb fb fb fb

Pangkalan tentera udara Pakistan diserang, sembilan maut

FOTO HIASAN

ISLAMABAD, 4 November- Pangkalan latihan tentera udara Pakistan diserang sekumpulan lelaki bersenjata pada Sabtu dan merosakkan tiga pesawat.

Tiga daripada mereja terbunuh sebelum memasuki pangkalan manakala selebihnya berjaya dikepung.

Kumpulan Tehreek-e-Jihad Pakistan (TJP), merupakan sekutu pergerakan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) mengaku bertanggungjawab dalam satu kenyataan kepada media.

Serangan terbaru berlaku pada awal pagi Sabtu di bandar Mianwali, di tengah wilayah Punjab, berhampiran sempadan Khyber Pakhtunkhwa.

Serangan itu berlaku selepas 14 tentera terbunuh apabila konvoi mereka diserang di wilayah Balochistan dan enam orang awam maut apabila sebuah van polis menjadi sasaran di Khyber Pakhtunkhwa.

Kedua-dua insiden itu berlaku pada Jumaat.

Tentera berkata sembilan penyerang telah terbunuh dalam serangan tersebut.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE