SAN FRANCISCO, 22 Februari- Angka kematian akibat varian Omicron telah mengatasi gelombang Delta di Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua memetik The Seattle Times.
Sebagai perbandingan, AS merekodkan kes jangkitan membabitkan varian Delta sebanyak 10,917,590 dengan 132,616 kematian untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021.
Dalam pada itu, AS mengesahkan lebih 30,163,600 jangkitan serta 154,750 kematian akibat COVID-19 pada Sabtu lepas.
Jumlah kematian akibat gelombang Omicron adalah 17% lebih tinggi berbanding Delta dalam tempoh yang sama.
Afrika Selatan melaporkan kes pertama membabitkan varian Omicron pada 24 November tahun lalu. -BERNAMA