fb fb fb fb fb

Objek misteri di pantai Australia serpihan roket India

(Twitter@DawaaRadnaa))

SYDNEY, 31 Julai- Objek misteri yang terdampar di pantai Australia dikenal pasti sebagai serpihan daripada roket India, kata pegawai pada Isnin.

Silinder besar bertatah teritip itu mula-mula dikesan pada pertengahan Julai berhampiran Teluk Jurien yang terpencil, kawasan pantai dua jam pemanduan ke utara Perth di Australia Barat.

Peninjau amatur membuat spekulasi dalam talian bahawa objek itu mungkin berasal daripada aset tentera atau dikaitkan dengan kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370.

Tetapi Agensi Angkasa Australia berkata ia telah membuat kesimpulan bahawa objek itu adalah "kemungkinan besar" serpihan daripada Kenderaan Pelancar Satelit Kutub.

Kenderaan pelancar itu dikendalikan oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India, tambah agensi itu.

Objek itu, yang berukuran kira-kira dua meter tinggi dan mempunyai kabel berjuntai dari atas.

"Pegawai dari kedua-dua negara bekerjasama untuk memberikan pengesahan lanjut bagi menentukan langkah seterusnya, termasuk mempertimbangkan kewajipan bawah perjanjian angkasa PBB", menurut Agensi Angkasa Australia. -AFP

(Twitter@NesianQueenLV)

Media Baharu