fb fb fb fb fb

Netanyahu tuduh Hamas langgar perjanjian gencatan senjata

Foto Reuters

BAITULMAQDIS, 23 Februari - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, menuduh Hamas melakukan pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata Gaza dengan tidak mengembalikan mayat tebusan Shiri Bibas.

"Kami akan bertindak dengan tegas untuk membawa pulang Shiri, bersama semua tebusan kami yang masih hidup mahupun yang telah gugur," kata Netanyahu dalam satu kenyataan video.

Pada Khamis, Hamas menyerahkan mayat empat tebusan, termasuk tiga anggota keluarga Bibas Shiri Bibas dan dua anak lelakinya serta seorang warga emas.

Namun, pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa hanya mayat dua anak lelaki Shiri dan warga emas tersebut yang dikenal pasti, sementara mayat yang dikatakan milik Shiri Bibas sebenarnya adalah wanita Gaza. - AFP

TETITIA YUSOFF