TEL AVIV, 26 Oktober- Israel mendakwa sedang mempersiapkan tenteranya untuk pencerobohan ke atas Gaza melalui darat.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu enggan memberikan sebarang butiran mengenai masa atau maklumat lain mengenai operasi itu.
"Kami sedang bersiap sedia untuk serangan darat. Saya tidak akan menjelaskan secara terperinci bila, bagaimana atau berapa banyak (serangan)," katanya menerusi siaran televisyen semalam.
Israel telah melakukan pengeboman sengit selama beberapa hari di Semenanjung Gaza yang padat dengan penduduk termasuk menyasarkan hospital.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, lebih 6,500 rakyat Palestin telah terbunuh dalam siri pengeboman itu, setakat ini. -Reuters