fb fb fb fb fb

Menteri Sumber Australia cari pelabur dari Korea Selatan, Jepun

Loji nikel sulfat sedang dibina di selatan Perth, Australia/REUTERS

MELBOURNE, 29 Januari- Menteri Sumber Australia memulakan lawatan selama seminggu ke Korea Selatan dan Jepun untuk membincangkan eksport gas dan peluang mineral kritikal.

Negara yang kaya dengan sumber itu sedang mencari pelaburan dalam projek untuk membangunkan mineral penting kepada tenaga hijau. Ia berkenaan risiko gangguan rantaian bekalan, merangkumi pemprosesan nadir bumi kepada pelbagai lombong dan loji pengeluar kobalt dan nikel.

"Galian kritikal Australia adalah kunci kepada transformasi tenaga dunia," kata Menteri Sumber Madeleine King dalam satu kenyataan.

"Tetapi kita perlu menarik pelaburan untuk mengeluarkan mineral ini daripada tanah, memprosesnya di sini, untuk membina bateri, turbin angin dan panel solar untuk beralih kepada ekonomi karbon lebih rendah," katanya.

King akan bertemu dengan Menteri Perdagangan Jepun Ken Saito, dan Menteri Perdagangan dan Tenaga Korea Selatan Duk-geun Ahn, katanya dalam satu kenyataan.

Menteri itu juga dijangka melibatkan rakan sejawatannya mengenai gas asli memandangkan kedua-dua negara adalah pelanggan besar dan pengeksport utama.

Bagaimanapun berlaku kemerosotan global dalam harga bagi bahan bateri kenderaan elektrik litium dan nikel. Ia terkesan akibat pengambilan kenderaan elektrik lebih perlahan daripada jangkaan.

Tahun ini, projek nikel Australia telah dibekukan, termasuk sebahagian daripada BH. Ia membuka operasi peluang baharu di Australia Barat.

Minggu lalu King bertemu dengan pemimpin industri di kawasan sumber negara di Australia Barat berikutan pengumuman penutupan dan pemberhentian pekerja.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI