DHAKA, 30 Oktober- Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) memutuskan untuk menubuhkan pejabat di ibu negara Bangladesh, Dhaka untuk mengukuhkan aktivitinya di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
Penasihat Kebajikan Masyarakat kerajaan sementara Bangladesh Sharmeen S. Murshid berkata demikian selepas pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk, di Dhaka pada Selasa.
"Ia adalah keputusan yang sangat penting. Kerajaan sementara bersetuju mengenai penubuhan pejabat hak asasi manusia PBB di Dhaka," kata penasihat itu.
Beliau berkata pembukaan pejabat itu di sini akan mengukuhkan kedudukan negara mengenai hak asasi manusia. - BERNAMA-XINHUA