fb fb fb fb fb

Mahkamah Thailand perintah rancangan kecemasan tingkat kualiti udara

Foto AFP

BANGKOK, 19 Januari - Mahkamah Thailand pada Jumaat mengarahkan kerajaan membuat perancangan segera untuk membendung pencemaran udara dalam tempoh 90 hari, ketika kerajaan bersiap sedia untuk menghadapi puncak tahunan jerebu berbahaya.

Kualiti udara menjunam di Thailand pada awal bulan ini ekoran asap daripada petani yang melakukan pembakaran ditambah pula dengan pelepasan asap industri dan juga kenderaan.

Bangkok dan bandar utara Chiang Mai disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia tahun lalu, mendorong beberapa kumpulan membawa perkara itu menerusi saluran perundangan untuk meminta kerajaan melakukan tindakan.

Mahkamah pentadbiran Chiang Mai pada Jumaat memerintahkan Suruhanjaya Alam Sekitar Kebangsaan untuk membentangkan "kaedah pencegahan untuk menyelesaikan pencemaran untuk jangka pendek dan panjang" dalam tempoh 90 hari.

Mahkamah memutuskan bahawa kerajaan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha sebelum ini, yang dituduh oleh pihak yang menuntut "mengabaikan kewajipannya", tidak bergerak dengan cukup pantas untuk menangani pencemaran.

“Selepas pertimbangan, defendan mengabaikan tugas mereka dan bertindak terlalu perlahan,” kata keputusan Mahkamah.

Kerajaan Perdana Menteri, Srettha Thavisin, yang mengambil alih pada bulan Ogos telah berjanji untuk menangani pencemaran udara sebagai "agenda nasional."

Draf Akta Udara Bersih yang diperakui oleh kabinet Srettha, yang bertujuan untuk menangani masalah itu, meluluskan bacaan pertamanya di Parlimen pada Rabu.

Awal pagi Jumaat, Bangkok berada di tempat ke-10 dalam senarai bandar yang mempunyai kualiti udara paling teruk di seluruh dunia, menurut firma pemantau pencemaran udara IQAir.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN