fb fb fb fb fb

Mahkamah Hong Kong larang lagu 'Glory to Hong Kong'

Orang ramai mengangkat tangan sambil menyanyikan lagu "Glory to Hong Kong" semasa protes anti-kerajaan di daerah Tengah Hong Kong, China/REUTERS

HONG KONG, 8 Mei- Mahkamah Rayuan Hong Kong pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk mengharamkan lagu "Glory to Hong Kong".

Penghakiman mahkamah rendah tahun lepas telah menolak permohonan itu dengan alasan kebimbangan kebebasan bersuara.

Pengkritik menyifatkan keputusan itu sebagai mencabar dalam kedaulatan undang-undang Hong Kong dan hak individu berikutan konflik keselamatan negara yang menyeluruh oleh pemimpin Parti Komunis China.

Kes itu mempunyai implikasi terhadap kebebasan internet dan operasi firma termasuk penyedia perkhidmatan internet dan firma teknologi seperti Google.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI