fb fb fb fb fb

Lufthansa lanjut penggantungan penerbangan ke Tel Aviv, Tehran, Beirut, Amman, dan Erbil

FOTO REUTERS

FRANKFURT, 12 Ogos- Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa pada Isnin memaklumkan pelanjutan penggantungan penerbangan ke Tel Aviv, Tehran, Beirut, Amman, dan Erbil sehingga 21 Ogos kerana ketegangan yang berterusan di rantau tersebut.

Lufthansa turut menyebut mereka akan mengelakkan penggunaan ruang udara Iran dan Iraq sehingga 21 Ogos, lanjutan dari tarikh asal pada 13 Ogos.

Penumpang yang terjejas boleh menempah semula atau membatalkan perjalanan mereka tanpa caj, kata Lufthansa, sambil menambah mereka kesal atas kesulitan yang disebabkan "disebabkan oleh situasi semasa".

Juga pada Isnin, Air France dan anak syarikatnya Transavia France sekali lagi melanjutkan penggantungan penerbangan mereka ke Beirut, sehingga Rabu, 14 Ogos.

Penerbangan telah digantung sejak 29 Julai dan penyambungannya "akan tertakluk kepada penilaian baru situasi di lapangan", kata Air France dalam satu kenyataan. Syarikat penerbangan Perancis itu terus berkhidmat di lapangan terbang Tel Aviv.

Syarikat penerbangan lain juga telah mengubah jadual penerbangan mereka di rantau itu baru-baru ini.

Ketegangan semakin memuncak apabila Iran dan sekutunya bersumpah untuk membalas dendam atas pembunuhan besar-besaran komander tentera tertinggi Hezbollah, Fuad Shukr di Lebanon dan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Iran akhir bulan lalu.

Hezbollah saling serang menyerang hampir setiap hari dengan pasukan Israel di sempadan antara Lebanon dan Israel.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE