fb fb fb fb fb

Lubnan teruskan operasi mencari mangsa bot karam yang terselamat

TRIPOLI, 24 April - Pihak berkuasa Lubnan meneruskan operasi pencarian selepas menyelamatkan 45 mangsa bot karam di timur Mediterranean yang sarat dengan berpuluh-puluh pendatang.

Bot itu terbalik pada Sabtu malam berhampiran pantai bandar utara Tripoli, tempat berlepas bagi semakin ramai orang yang cuba meninggalkan Lubnan, menggunakan jalan laut.

(Tentera Lubnan berdiri di pintu masuk pelabuhan Tripoli, ketika ambulans yang membawa mangsa yang terselamat dari bot yang karam /APF)

“Pencarian mangsa yang terselamat sedang dijalankan oleh tentera laut,” kata Pengarah Pelabuhan Tripoli, Ahmed Tamer, kepada AFP.

Menurutnya, jumlah penumpang yang hilang masih tidak jelas.

Menteri Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Lubnan, Ali Hamie berkata kira-kira 60 penumpang berada di atas kapal itu sebelum ia karam.

Hamie memberitahu penyiar tempatan bahawa 45 orang telah diselamatkan dan mayat seorang kanak-kanak telah diambil dari kapal.

Lubnan dicengkam krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan mata wangnya kehilangan lebih 90% kuasa beli dan majoriti penduduk hidup bawah garis kemiskinan. -AFP

Media Baharu