fb fb fb fb fb

Limpahan Tasik Texcoco, lapangan terbang ditenggalami air

Lapangan terbang di Texcoco ditenggelami air/Foto AFP

MEXICO, 14 Julai - Rakaman udara menunjukkan kawasan lapangan terbang yang sedang dalam pembinaan di Texcoco ditenggelami air, susulan limpahan Tasik Texcoco akibat hujan lebat yang berterusan.

Air yang melimpah telah menenggelamkan sebahagian besar kawasan pembinaan yang terbengkalai berhampiran Bandar Mexico dengan hanya beberapa struktur asas dan laluan masuk masih kelihatan di permukaan.

Projek pembinaan lapangan terbang yang dirancang untuk memberi perkhidmatan kepada bandar itu telah dihentikan pada tahun 2018 selepas ditolak melalui referendum awam. -AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN