fb fb fb fb fb

Lima cedera dalam letupan bangunan di Paris

(FOTO AFP)

PARIS, 6 Ogos- Lima orang cedera dalam satu letupan di sebuah bangunan kediaman di utara Paris, kata polis dan perkhidmatan kecemasan.

Insiden letupan itu mengingatkan satu lagi kejadian di ibu negara pada Jun, apabila tiga orang maut dalam letupan yang menyebabkan sebuah bangunan terbakar dan runtuh di kawasan berhampiran pusat bandar yang popular dengan pelancong.

Wartawan AFP di tempat kejadian melaporkan letupan pada Sabtu di Arondisemen ke-18 itu adalah kurang kuat dan tidak diikuti dengan kebakaran, tetapi masih memecahkan tingkap bangunan itu tersebut.

Lima yang cedera dibawa ke hospital dan penduduk lain di bangunan itu dipindahkan.


(Pasukan bomba di lokasi runtuhan bangunan akibat letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang cedera/ AFP)

Pendakwa raya berkata mereka telah membuka kertas siasatan ke atas punca letupan, yang dianggap sebagai kemalangan.

Seorang pelayan di restoran Fulano berhampiran lokasi kejadian memberitahu AFP telah berlaku "dentuman besar dan awan debu yang memenuhi seluruh jalan".

Pada Januari 2019, empat orang, dua daripadanya anggota bomba, maut dan 66 cedera apabila letupan akibat kebocoran gas memusnahkan sebuah bangunan berhampiran pusat bandar Paris. - AFP

Media Baharu