fb fb fb fb fb

Letusan Gunung Ruang: Penduduk dihujani batu kerikil hari ini

Penduduk ketakutan yang berlindung ketika rumah mereka dihujani batu kerikil/Reuters

MANADO, 18 April- Penduduk di Pulau Tagulandang, Indonesia berhampiran Gunung Ruang yang meletus sebelum ini berdepan detik panik hari ini apabila kawasan kejiranan mereka dihujani batu kerikil.

Serangan disifatkan aneh itu berlaku di sebelah barat Pulau Tagulandang di Kabupaten Sitaro, Provinsi Sulawesi Utara, petang tadi.

Atap kediaman mereka yang terletak kira-kira lima kilometer (km) dari gunung berapi itu turut rosak dengan kesan berlubang-lubang.

"Kami telah berkoordinasi dengan pihak berkepentingan di lokasi, dan mereka melaporkan bahawa hujan batu berlaku di Pulau Tagulandang," kata Heruningtyas, Pengerusi Pasukan Kerja Gunung Berapi.

Justeru, penduduk yang berada sekitar radius 6km dari kawah gunung berapi terbabit dinasihatkan untuk berpindah segera atas faktor keselamatan.

"Hospital Daerah Tagulandang dan penjara di sana juga terpaksa dipindahkan kerana mereka berada dalam zon bahaya," jelas beliau lagi.

Gunung Ruang di Kepulauan Sangihe telah meletus secara aktif sekurang-kurangnya sebanyak lima kali sejak dua hari lepas. -Reuters

1804 BD RUMAH ROSAK LETUSAN GUNUNG RUANG
Atap kediaman penduduk di Pulau Tagulandang, Indonesia berlubang/Reuters

 

ARTIKEL BERKAITAN
Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tsunami
MAS, Air Asia batal beberapa penerbangan susulan letusan Gunung Ruang
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Letusan Gunung Ruang: Pembentukan awan abu risiko kepada keselamatan kapal terbang
Pembatalan penerbangan: Apa yang penting keselamatan semua pihak kata Abdul Karim

SITI AISHAH MD ISA