fb fb fb fb fb

Letupan kedengaran, asap hitam kelihatan di ibu negara Ukraine

Asap hitam berkepul di Kiev/ AFP

KIEV, 8 Julai- Letupan kedengaran dan asap hitam boleh dilihat naik dari pusat bandar Kiev, lapor wartawan AFP pada Isnin.

Tentera Rusia berulang kali menyasarkan Kiev dengan peluru berpandu dan dron sejak Moscow menyerang Ukraine pada Februari 2022.

Kali terakhir Kiev diserang menggunakan dron dan peluru berpandu ialah pada pertengahan Jun.

Datuk Bandar Kiev Vitali Klitschko berkata, serpihan peluru yang dijatuhkan oleh sistem pertahanan udara telah jatuh di dua daerah di tengah ibu negara.

Berikutan itu sebuah bangunan rasmi dan beberapa rumah telah rosak.

"Pada masa ini, kami difahamkan tiga individu cedera. Seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital," kata Klitschko dalam satu hantaran di media sosial.

"Tembakan ini menyasarkan orang awam, melanda infrastruktur, dan seluruh dunia sepatutnya melihat hari ini akibat daripada keganasan, yang hanya boleh dibalas dengan kekerasan," kata Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak menerusi catatan di media sosial.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI