MEKAH, 23 Jun- Lebih 1,000 orang maut semasa haji tahun ini, ketika cuaca panas melampau melanda semasa hampir dua juta orang yang menjalankan rukun Islam kelima itu di Mekah.
Kebanyakan yang meninggal dunia adalah rakyat Mesir di mana menurut sumber keselamatan dan perubatan bahawa jumlah kematian telah meningkat kepada 672 dan 25 lagi hilang.
Sejumlah 236 jemaah warga Indonesia meninggal dunia, menurut data kerajaan Indonesia, manakala agensi hal ehwal luar India berkata seramai 98 jemaah warga India meninggal dunia semasa haji.
Kematian jemaah dari Tunisia, Jordan, Iran, dan Senegal turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan tahun ini sekurang-kurangnya 1,114 orang, menurut pengiraan Reuters.
Unit krisis Mesir yang ditugaskan untuk menyiasat situasi itu berkata telah menggantung lesen 16 syarikat pelancongan dan merujuk mereka kepada pendakwa raya, atas kematian yang dikatakan kebanyakannya dalam kalangan jemaah haji yang tidak berdaftar di bawah sistem rasmi.
Unit itu berkata 31 kematian disahkan akibat penyakit kronik dalam kalangan jemaah haji yang berdaftar secara rasmi.- REUTERS