fb fb fb fb fb

Lapan maut di Arkansas selepas dilanda ribut

Gabenor Arkansas Sarah Huckabee Sanders/FOTO REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 27 Mei - Sekurang-kurangnya lapan maut dalam kejadian ribut dan puting beliung di bahagian utara Arkansas dilaporkan pada hujung minggu lalu, kata gabenor negeri itu pada Ahad.

Ribut dan puting beliung tersebut mengakibatkan kerosakan sebahagian besar Dataran Selatan Amerika Syarikat dan Ozarks pada Sabtu (25 Mei), mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dengan lebih 100 cedera, menurut laporan media tempatan.

Pihak berkuasa berkata, kebanyakan jalan terpaksa ditutup kerana pokok tumbang dan talian elektrik terputus.

Gabenor Arkansas Sarah Huckabee Sanders memberitahu bahawa pihak berkuasa masih dalam proses mengumpul maklumat bilangan rumah dan kadar kerosakan yang dialami.

"Kami akan terus melakukan itu dan memastikan bahawa seramai orang yang diperlukan berada di luar sana mencari dan mengambil kira setiap individu di Arkansan," katanya.

"Bila-bila masa sahaja ribut sebegini akan melanda dan menyebabkan kemusnahan, kami akan sedaya upaya menyelamatkan penduduk terjejas."

Di utara Texas, sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban pada malam Sabtu apabila puting beliung kuat melanda kawasan berhampiran sempadan Oklahoma, kata pihak berkuasa Texas. - REUTERS

TETITIA YUSOFF