fb fb fb fb fb

Konflik perang Syria bayi ditinggalkan di masjid, bawah pokok

(Sebilangan bayi ditinggalkan di luar masjid/FOTO AFP

HAZANO, 25 Mei - Semakin ramai bayi ditinggalkan di luar masjid, hospital dan bawah polok zaitun, menurut 'Syrians for Truth and Justice', sebuah pertubuhan yang merekodkan pencabulan hak asasi manusia di negara itu.

Mereka ditinggalkan akibat konflik berterusan melanda negara itu sejak perang tercetus 12 tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan ramai menjadi miskin dan terdesak.

Pihak berkuasa Syria juga menyatakan hanya beberapa kes pembuangan kanak-kanak dilapor secara rasmi sebelum perang meletus pada 2011.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan pertubuhan yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikart (AS) pada Mac, lebih 100 kanak-kanak ditemui terbiar di seluruh negara.

Angka itu direkod antara awal 2021 dan akhir tahun lalu, dan 62 daripadanya kanak-kanak perempuan sambil menganggarkan angka sebenar mungkin lebih tinggi.

(Antara awal 2021 dan lewat 2022 sahaja, lebih 100 kanak-kanak ditemui terbiar di seluruh negara/FOTO AFP)


Kumpulan itu menyatakan jumlahnya meningkat secara mendadak sejak permulaan konflik, ditambah kesan sosial dan ekonomi selepas perang.

Ia sekali gus menjejaskan lagi kawasan baik yang dikawal kerajaan mahupun pemberontak.

Malah peningkatan itu didorong faktor lain termasuk kemiskinan, ketidakstabilan, keamanan yang terjejas dan perkahwinan kanak-kanak, selain penderaan seksual dan kehamilan luar nikah.

Lebih 500,000 orang juta terbunuh sejak perang Syria sehingga ada yang kehilangan tempat tinggal, sementara infrastruktur di negara itu turut rosak.

Pegawai Jabatan Kesihatan, Zaher Hajjo, berkata seramai 53 bayi yang baru lahir dan terbiar ini sudah didaftarkan di kawasan yang dikawal kerajaan.

Angka itu direkodkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lalu, termasuk 28 bayi lelaki dan 25 lagi perempuan. - AFP

Media Baharu