fb fb fb fb fb

Konflik Hamas-Israel: EU teruskan perbincangan gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan

(Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom / FOTO REUTERS)

BRUSSELS, 23 Oktober - Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) terus membincangkan cadangan bagi gencatan senjata dan operasi kemanusiaan susulan konflik antara Israel dan Hamas.

Namun terdapat percanggahan pendapat berkaitan kaedah bantuan yang perlu disalurkan kepada penduduk Palestin di Gaza, kata Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom hari ini.

"Perbincangan sedang berjalan, tetapi persoalannya sebenarnya bukan mengenai gencatan senjata, tetapi tentang bagaimana untuk membawa bantuan ke hadapan dan itu boleh dilakukan dalam pelbagai cara," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat menteri luar EU di Luxembourg.

Beliau berkata Sweden lebih suka cadangan PBB iaitu melaksanakan koridor kemanusiaan di kawasan (Gaza) tersebut.

Awal hari ini, ketua dasar luar EU, Josep Borrell menyuarakan sokongan untuk melaksanakan "operasi kemanusiaan" namun beberapa menteri luar EU menyatakan keraguan mengenai idea tersebut.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN