fb fb fb fb fb

Komander polis Iran maut dalam serangan pengganas

FOTO HIASAN

TEHRAN, 29 Disember- Seorang komander polis terbunuh dalam serangan pengganas pada hari Sabtu di Bandar-e Lengeh, sebuah bandar pesisir di wilayah selatan Iran, Hormozgan.

Agensi berita Tasnim melaporkan bahawa komander tersebut disasarkan dalam serangan maut itu.

"Penyerang juga terbunuh," kata Tasnim.

Tiada pihak tang tampil mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, di wilayah yang terletak kira-kira 1,000 kilometer (620 batu) di selatan Tehran.

Pada Oktober lalu, 10 pegawai polis terbunuh dalam serangan serupa di kawasan wilayah tenggara Iran, Sistan-Baluchistan, yang telah lama bergolak.

Kumpulan Jaish al-Adl (Bahasa Arab untuk Tentera Keadilan) yang berpangkalan di Pakistan, mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE