fb fb fb fb fb

Kes perbicaraan pembunuhan Jamal Khashoggi dipindahkan ke Arab Saudi

TURKI, 7 April- Mahkamah Turki memutuskan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dipindahkan ke Arab Saudi.

Keputusan berkenaan turut mendapat kecaman sesetngah pihak apabila mendakwa pemindahan kes itu susulan hubungan erat antara Ankara dan Riyadh.

"Kami memutuskan untuk menghentikan dan menyerahkan kes itu kepada Arab Saudi," jelas Hakim kepada mahkamah.

Keputusan mahkamah itu juga sudah dijangka apabila pasukan pendakwaan minggu lepas memohon 26 suspek dari Arab Saudi di bicarakan di Riyadh.

(Khashoggi menghilangkan diri pada 2 Oktober 2018, selepas memasuki konsulat Saudi di Istanbul/AFP)

 

Kes Khashoggi dibicarakan di Istanbul setelah wartawan itu dilaporkan hilang selepasa memasuki konsulat Arab Saudi di Turki pada 2 Oktober 2018.

Kes itu mendapat liputan meluas media berbulan-bulan yang menuntut keadilan terhadap wartawan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Pembunuhan Khashoggi turut memberi tekanan terhadap Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Tragedi dikatakan berlaku apabila Khashoggi sering mengkritik putera mahkota berkenaan. -AFP

 

 

Media Baharu