DHAKA, 18 Oktober- Semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di ibu negara Bangladesh, Dhaka dihentikan hari ini selepas berlaku kebakaran besar di terminal kargo, menurut pegawai.
Terminal utama lapangan terbang itu dilapor tidak terjejas tetapi asap tebal kelihatan menyelimuti landasan, memaksa pihak berkuasa mengalihkan penerbangan ke lapangan terbang lain.
Jurucakap Perkhidmatan Bomba, Talha bin Zasim berkata, 37 unit pemadam kebakaran dikerahkan untuk memadam kebakaran yang berlaku pada sebelah petang dan kemudian dibantu pasukan keselamatan lain.
Moinul Ahsan, pegawai kanan di Pengarah Kesihatan berkata, sekurang-kurangnya empat individu dibawa ke hospital akibat kecederaan ringan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan dan lapangan terbang dijangka dapat beroperasi semula dalam beberapa jam akan datang. -AFP