fb fb fb fb fb

Kebakaran Apartment Hong Kong: Angka korban meningkat kepada 128 orang

Pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa kebakaran apartment Wang Fuk Court /Foto AFP

HONG KONG, 28 November – Angka korban kebakaran yang memusnahkan Kompleks Perumahan Wang Fuk Court meningkat kepada 128 orang.

Setiausaha Keselamatan Chris Tang berkata puluhan mangsa masih lagi hilang.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga terjejas pada sidang media berkenaan.

Kebakaran yang bermula awal pagi Jumaat itu memusnahkan lapan menara apartment yang menempatkan lebih 4,600 penghuni.

Polis turut menahan tiga individu, termasuk dua pengarah syarikat pembinaan dan seorang perunding kejuruteraan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN