fb fb fb fb fb

Kawalan ketat jangkitan COVID-19: Beijing tutup berpuluh-puluh stesen kereta api bawah tanah

(Beijing menutup berpuluh-puluh stesen kereta api bawah tanah pada 4 Mei, kerana sekatan Covid perlahan-lahan menyekat pergerakan di seluruh ibu kota China lebih 21 juta orang/AFP)

BEIJING, 4 Mei - Beijing menutup berpuluh-puluh stesen kereta api bawah tanah, sebagai sebahagian langkah berperingkat memperketat sekatan pergerakan di seluruh ibu negara China yang mempunyai populasi lebih 21 juta orang.

Beijing Subway mengumumkan penutupan kira-kira 45 stesen iaitu sekitar 14% daripada rangkaian pada hari ini, menurut pengumuman di halaman WeChatnya.

"Pintu masuk dan keluar stesen akan ditutup, tetapi pemindahan boleh dilakukan di dalam stesen," kata notis itu.

 
Pekerja lengkap dengan pakaian pelindung berdiri di tapak ujian asid nukleik sementara semasa ujian besar-besaran untuk COVID-19 di daerah Chaoyang. Beijing, China 4 Mei 2022. (REUTERS)

Pusat Dagangan Dunia China yang menempatkan pejabat dan kawasan beli-belah juga ditutup buat sementara waktu minggu ini hingga Ahad untuk mengekang penularan virus.

Selain Beijing, bandar Zhengzhou di tengah China juga meningkatkan kawalan untuk memerangi COVID-19 dengan penduduk di kawasan bandar utama kekal di kawasan perumahan mereka, melainkan bawah langkah penutupan yang lebih ketat.

China sedang bergelut dengan serangan COVID-19 paling teruk sejak awal penularan. Kebanyakan kes dikesan di hab perniagaan Shanghai, yang sebahagian besar penduduknya diarahkan kekal duduk di rumah selama lebih sebulan.

Hari ini, 51 kes jangkitan tempatan termasuk kes asimtomatik dilaporkan di Beijing manakala Shanghai melaporkan hampir 5,000 kes, trend menurun apabila bandar itu melonggarkan beberapa sekatan. -AFP

Media Baharu