BERLIN, 8 Mei - Kerajaan baharu Jerman telah mengeluarkan arahan kepada pasukan polis sempadan bagi menolak kemasukan migran tanpa dokumen sah.
Menteri Dalam Negeri Alexander Dobrindt pada Rabu berkata, arahan itu termasuk untuk pemohon suaka.
Beliau memaklumkan, pihaknya sedang mengeluarkan arahan rasmi bagi memastikan polis mempunyai kuasa untuk melaksanakan tindakan "tolak balik" terhadap individu yang cuba memasuki negara itu tanpa dokumen sah.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pengecualian akan diberikan kepada kumpulan rentan seperti wanita hamil dan kanak-kanak.
Laporan itu turut menyatakan bahawa Dobrindt merancang menempatkan hingga 3,000 anggota polis tambahan ke kawasan sempadan, menjadikan jumlah keseluruhan pasukan polis sempadan mencecah 14,000 anggota,dalam usaha mengekang kemasukan migran tidak sah. - AFP