fb fb fb fb fb

Indonesia rancang wujud 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu pada 2025

Foto fail/ Reuters

JAKARTA, 8 Mei - Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia merancang untuk mewujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu tahun ini bagi meningkatkan daya tahan marin, memelihara alam sekitar dan menyokong pertumbuhan ekonomi, menurut seorang pegawai kanan pada Rabu.

Kementerian itu komited untuk memperkukuh pengurusan karbon biru dan meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan konservasi, kata Ketua Pengarah Perancangan Ruang Laut kementerian berkenaan, Kartika Listriana.

“Kami akan mewujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu pada 2025,” umum beliau pada satu sidang media, lapor Xinhua.

Listriana menjelaskan bahawa rancangan itu selaras dengan perancangan ruang laut yang mampan.

“Penyepaduan perancangan ruang laut adalah penting bagi memastikan penggunaan laut dijalankan secara bertanggungjawab, mampan dan adil untuk semua pihak, termasuk komuniti pesisir dan generasi akan datang,” katanya.

Terdahulu, kementerian itu melaporkan keluasan kawasan konservasi di Indonesia telah mencecah 29.9 juta hektar pada tahun lepas. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF