GAZA CITY, 7 Mei- Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam serangan Israel berhampiran sebuah restoran dan pasar di Bandar Gaza, hari ini.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak.
Mereka dikejarkan ke hospital menggunakan pikap dan kereta.
Setakat ini, tiada sebarang komen lanjut daripada Israel berhubung serangan itu.
Lebih 52,000 rakyat Palestin terbunuh dalam pengeboman rejim Zionis sejak 7 Oktober 2023.
Serangan turut memusnahkan sebahagian besar Gaza. - REUTERS