fb fb fb fb fb

Jepun tetapkan pilihan raya pada 27 Oktober

Perdana Menteri baharu Jepun, Shigeru Ishiba/ Foto: REUTERS

TOKYO, 30 September- Perdana Menteri baharu Jepun, Shigeru Ishiba merancang untuk mengadakan pilihan raya umum pada akhir Oktober, laporan media hari ini.

Ishiba, 67, memenangi kepimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada Jumaat dan dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Selasa.

Penyiar awam, NHK dan empat akhbar harian nasional utama dan media lain melaporkan tanpa memetik sumber,
melaporkan Ishiba sedang memuktamadkan rancangan untuk membubarkan parlimen pada 9 Oktober menjelang pilihan raya umum pada 27 Oktober.

Pada Jumaat, Ishiba berkata beliau mahu mengadakan pilihan raya untuk mengesahkan mandatnya secepat mungkin namun enggan menyatakan tarikhnya.

Ishiba, yang juga bekas Menteri Pertahanan, menggantikan Fumio Kishida sebagai Ketua LDP, selepas parti itu itu mentadbir Jepun hampir tanpa gangguan selama beberapa dekad.

Kishida meletakkan jawatan susulan beberapa siri skandal yang menjatuhkan penarafan LDP ke paras terendah sejak kebelakangan ini.

Ishiba turut memberi isyarat kesinambungan dalam keputusan awalnya semalam mengenai jawatan penting dalam kerajaannya, mencadangkan keinginan untuk kekalkan kestabilan dalam parti. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI