fb fb fb fb fb

Jepun siap sedia hadapi Taufan Shanshan

Foto: REUTERS

TOKYO, 28 Ogos- Jepun bersiap sedia menghadapi Taufan Shanshan, dengan hujan lebat dan angin kencang diramalkan yang memaksa syarikat penerbangan dan kereta api membatalkan beberapa perkhidmatan dalam beberapa hari akan datang.

Taufan Shanshan dijangka membadai pulau Kyushu di barat daya Jepun dalam beberapa hari akan datang, dan Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata ia mungkin mengeluarkan amaran khas kepada wilayah Kagoshima.

JMA memberi amaran bahawa kewaspadaan maksimum diperlukan memandangkan ramalan adalah untuk angin kencang, ombak tinggi dan air pasang besar yang belum pernah dilihat setakat ini.

Taufan itu dijangka menghampiri wilayah tengah dan timur Jepun, termasuk ibu kota Tokyo, sekitar hujung minggu, menurut JMA.

ANA Holdings merancang untuk membatalkan 110 penerbangan domestik pada hari ini yang dijadualkan berlepas atau tiba di barat daya Jepun dan ia menjejaskan kira-kira 4,200 penumpang, kata penyiar awam, NHK.

"Japan Airlines merancang untuk membatalkan 80 penerbangan domestik hari ini hingga Jumaat.

"Beberapa perkhidmatan kereta api peluru Shinkansen di kawasan itu juga dijangka dibatalkan pada hari ini dan esok," kata NHK.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI