fb fb fb fb fb

Israel terus bedil Lubnan

FOTO REUTERS

BEIRUT, 29 September - Israel terus menyerang Lubnan pada Ahad menerusi serangan udara baharu dengan terus mensasarkan kumpulan pejuang Hizbullah selepas membunuh pemimpinnya, Hassan Nasrallah.

Hizbullah mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Nasrallah terbunuh dalam serangan Israel sehari sebelumnya di pinggir selatan Beirut.

Serangan itu menyasarkan bangunan yang didakwa sebagai tempat penyimpanan senjata dan struktur ketenteraan kumpulan pejuang Hizbullah.

Naib Presiden Pertama Iran Mohammad Reza Aref mengecam serangan tersebut sebagai petumpahan darah tidak adil dan mengancam bahawa pembunuhan Nasrallah dan memberi amaran tindakan tersebut akan membawa kepada kemusnahan Israel.

Iran turut menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB sebagai protes terhadap pembunuhan Nasrallah.

Dalam surat itu, utusan PBB Iran Amir Saeid Iravani menyeru Majlis Keselamatan untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi menghentikan pencerobohan berterusan Israel dan menghalangnya daripada mengheret wilayah itu ke dalam perang besar-besaran.

Israel telah meningkatkan prospek operasi darat terhadap Hizbullah, menyebabkan kebimbangan antarabangsa.

Lubnan, Iraq, Iran dan Syria semuanya mengisytiharkan berkabung awam.

Hamas mengutuk pembunuhan Nasrallah sebagai 'tindakan pengganas yang pengecut.'

Rejim Israel telah menyasarkan ratusan kumpulan Hizbullah di seluruh Lubnan sejak Sabtu. - AFP

TETITIA YUSOFF