fb fb fb fb fb

Israel telah musnahkan dua pertiga regimen Hamas- Netanyahu

Tentera Israel di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas/ REUTERS

BAITULMAQDIS, 19 Januari- Israel mendakwa telah memusnahkan kira-kira dua pertiga daripada rejimen kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata demikian pada Khamis sambil berikrar untuk meneruskan perang sehingga mencapai kemenangan sepenuhnya.

Katanya terdapat dua peringkat untuk pertempuran, pertama; memusnahkan rejimen pejuang Hamas dan kedua adalah pembersihan wilayah menerusi ketenteraan.

" Yang pertama ialah memusnahkan rejimen Hamas, itu adalah rangka kerja tempur mereka yang teratur. Sehingga kini 16 atau 17 daripada 24 telah musnah.

"Selepas itu ada (peringkat) membersihkan wilayah itu (daripada militan). Tindakan pertama biasanya lebih pendek, yang kedua biasanya mengambil masa lebih lama," katanya pada satu sidang akhbar.

Sambil memegang gambar askar Israel yang terkorban, Netanyahu berkata tentera tidak akan mati sia-sia dan berjanji pertempuran akan berterusan sehingga Hamas telah dikalahkan dan tebusan di Gaza dibebaskan sepenuhnya.

Beliau juga berkata, meskipun peperangan akan berlangsung berbulan lamanya namun Israel komited untuk mencapai kemenangan.

"Kemenangan akan mengambil masa beberapa bulan lagi tetapi kami berazam untuk mencapainya," kata Netanyahu.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI