BAITULMAQDIS, 20 Ogos - Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz meluluskan rancangan tentera untuk menawan Gaza City serta mengesahkan panggilan mobilisasi kira-kira 60,000 anggota simpanan.
Perkara itu disahkan kepada AFP selepas laporan mengenainya disiarkan media Israel.
Seorang pegawai kanan Israel menegaskan pendirian, semua tebusan mesti dibebaskan dalam sebarang persetujuan.
Menurut pegawai tentera penjajah, sekitar 50,000 anggota simpanan dijangka dipanggil bermula September.
Operasi utama di Gaza akan dikendalikan pasukan tetap yang menumpukan serangan ke atas Gaza City.
Ketika ini tentera Zionis sudah beroperasi di kawasan kejiranan Zeitoun dan Jabalia sebagai sebahagian daripada fasa awal rancangan tersebut. -AFP