fb fb fb fb fb

India serang kompleks kesihatan, pendidikan Pakistan

Keadaan lokasi kejadian akibat serangan peluru berpandu India/ Reuters

ISLAMABAD, 8 Mei- Empat serangan peluru berpandu India merobohkan sebuah masjid serta bangunan pentadbiran kerajaan dan menimbus tiga individu di kawasan itu.

Serangan pada tengah malam itu susulan kematian pelancong India di Kashmir yang ditadbir India bulan lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Tambahan Sheikhupura, Usman Jalees berkata, menerusi papan tanda di lokasi kejadian ia dikenal pasti sebagai kompleks kesihatan dan pendidikan kerajaan Pakistan.

"Malam tadi, sekitar tengah malam, dua peluru berpandu ditembak dari India di premis kami dan dua lagi serangan dilakukan selepas enam minit serangan tersebut.

"Secara keseluruhan empat serangan dilakukan dalam masa kurang dari sepuluh minit. Jadi empat bangunan telah dirobohkan, satu adalah blok pentadbir, masjid serta dan tambahan dua kediaman," katanya.

Sementara itu Jurucakap Tentera Pakistan Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry berkata, serangan berkenaan turut menyasarkan masjid di negara itu.

“"Serangan pada malam tadi menyaksikan India menyerang sebuag masjid di Pakistan. Ia merosakkan struktur masjid berkenaan yang menjadi lokasi untuk solat dan menyimpan Al-Quran," katanya.

Bagaimanapun serangan pada Rabu itu tidak menyebabkan kerosakan pada bangunan lain kerana lokasi serangan dikaitkan dengan kumpulan Lashkar-e-Taiba (LeT).

Delhi dan Washington menyalahkan LeT atas serangan 2008 ke atas bandar Mumbai di India yang mengorbankan lebih 160 orang. Namun LeT telah menafikan bertanggungjawab untuk serangan itu.

Kebiasaanya lokasi berkenaan menempatkan sehingga 3,500 kakitangan dan pelajar namun hampir semua individu telah dipindahkan.

Perkara itu susulan kebimbangan serangan dari India yang akan menyasarkan lokasi tersebut.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI