fb fb fb fb fb

India laksana latihan kecemasan

Foto Reuters

KANPUR, 8 Mei - Pihak berkuasa di seluruh India melaksanakan latihan kecemasan bagi memastikan kesiapsiagaan awam, berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik antara New Delhi dan Islamabad.

Pihak Berkuasa Pengawal Rumah dan Pertahanan Awam tempatan dengan kerjasama pasukan bomba serta anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), menjalankan latihan pemindahan di semua negeri dan wilayah negara itu.

"Sebaik menerima maklumat tentang latihan kebakaran, sebuah jentera bomba telah dipanggil. Unit kami tiba dengan segera, dan rakan-rakan kami dari pertahanan awam juga turut hadir," kata Pegawai Kebakaran Kanpur, K.K. Singh.

"Dalam situasi seperti ini keutamaan utama kami adalah bertindak sebagai responden perubatan pertama. Semua ahli pasukan kami berkelayakan untuk tugas ini. Jika kami menemui mana-mana mangsa atau individu yang cedera di sini, kami akan melaksanakan latihan ini mengikut prosedur ditetapkan." kata Timbalan Komandan Pasukan Tindakan Bencana Kebangsaan Delhi, Ratish.

Sekurang-kurangnya 31 dilaporkan maut dan 57 lagi cedera akibat serangan udara India ke atas Pakistan. - AFP

TETITIA YUSOFF