ISLAMABAD, 7 Mei -Angka kematian akibat serangan udara India ke atas Pakistan meningkat kepada 31 orang pada Rabu, menurut kenyataan tentera Pakistan.
"Jumlah kematian kini meningkat kepada 31 orang dan seramai 57 lagi cedera," kata Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Pada awal pagi Rabu, India telah melancarkan seragan peluru berpandu ke beberapa lokasi di wilayah Pakistan.
Ia menyasarkan "infrastruktur pengganas", sambil menegaskan bahawa tindakan itu bersifat “tertumpu, berhemah dan bukan bertujuan mencetuskan konflik”.
India berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap insiden 22 April di kawasan Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, sambil menegaskan bahawa tiada kemudahan ketenteraan Pakistan yang disasarkan. - AFP