fb fb fb fb fb

Houthi beri amaran serang semula Lapangan Terbang Israel

Kumpulan Houthi menyerang lapangan terbang Israel, khususnya Ben Gurion di Lod, berhampiran Tel Aviv baru-baru ini/Foto AFP

SANAA, 5 Mei - Kumpulan Houthi semalam memberi amaran bahawa mereka akan menyambung semula serangan terhadap Israel, termasuk menyasarkan lapangan terbang utama negara itu.

Jurucakap tentera Houthi, Yayha Saree, berkata angkatan bersenjata Yaman akan menyasarkan lapangan terbang Israel, khususnya Ben Gurion di Lod, berhampiran Tel Aviv.

Beliau turut menggesa syarikat penerbangan antarabangsa untuk membatalkan semua penerbangan ke lapangan terbang berkenaan.

Serangan Houthi sebelum ini telah menyebabkan beberapa syarikat penerbangan menggantung penerbangan ke Israel. - AFP

Customer Support