fb fb fb fb fb

Hospital kanak-kanak, wad bersalin di Ukraine musnah akibat serangan tentera Rusia

(Hospital kanak-kanak, wad bersalin di Mariupol, Ukraine, musnah akibat serangan/AFP)

KIEV, 11 Mac - Serangan tentera Rusia telah memusnahkan sebuah hospital kanak-kanak termasuk wad bersalin di bandar Mariupol, Ukraine.

sekurang-kurangnya dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam kejadian itu.

17 lagi kakitangan hospital ; dilaporkan cedera.

(Hospital kanak-kanak, wad bersalin di Mariupol, Ukraine, musnah akibat serangan udara tentera Rusia/AFP)

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyiarkan sebuah video di Twitter, yang menunjukkan kemusnahan teruk di kompleks perubatan itu.

Beliau menyatakan, kemusnahan itu berpunca daripada serangan Rusia.

Kementerian Luar Rusia tidak menafikan serangan itu namun menuduh tentera Ukraine menggunakan hospital sebagai untuk melancarkan serangan.

Video yang dikongsi oleh pekerja penyelamat menunjukkan kemusnahan teruk, dengan mangsa yang cedera dipindahkan.

Rangka kereta yang hangus dan terbakar serta kawah besar di tepi bangunan dapat dilihat di kawasan tersebut.

Media Baharu