fb fb fb fb fb

Hizbullah ancam lebih banyak serangan dron terhadap Israel

Foto www.livemint.com

BEIRUT, 14 Oktober-Kumpulan pejuang Hezbollah, mengancam untuk melancarkan lebih banyak serangan terhadap Israel jika serangan berterusan di Lubnan diteruskan.

"Kami memberi jaminan kepada musuh bahawa apa yang mereka saksikan hari ini di selatan Haifa tidak ada apa-apa berbanding apa yang menanti mereka jika mereka terus menyerang rakyat kami", kata kumpulan pejuang berkenaan dalam satu kenyataan.

Amaran tersebut dikeluarkan kumpulan berkenaan selepas serangan dron ke atas pangkalan tentera berhampiran Haifa yang mengorbankan empat askar Israel.

Hezbollah turut menganggap operasi tersebut sebagai sukar dengan melancarkan puluhan peluru berpandu ke arah Nahariya dan Acre, utara Haifa, bertujuan untuk mengalihkan perhatian sistem pertahanan Israel.

Pada masa sama, mereka melancarkan dron pelbagai jenis.

Beberapa daripadanya digunakan buat pertama kali, dan berjaya menembusi radar pertahanan udara Israel tanpa dikesan dan menyerang kem latihan di Binyamina.

Dron tersebut "meletup di dalam bilik yang menempatkan puluhan pegawai dan tentera Israel.

Selepas mendakwa melakukan serangan di Binyamina, Hizbullah juga menyatakan telah melancarkan peluru berpandu ke arah "pangkalan penyelenggaraan dan pemulihan" tentera, di selatan Haifa.

Krisis di Lebanon telah meragut lebih 1,300 nyawa dan memindahkan lebih satu juta orang dari kediaman mereka, menurut angka rasmi. Keadaan ini semakin membimbangkan dan menandakan potensi konflik yang lebih besar di rantau tersebut.

Tentera Israel mengesahkan bahawa serangan itu merupakan yang paling terburuk sejak 23 September lalu, ketika Israel meningkatkan serangannya terhadap Hizbullah.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD