fb fb fb fb fb

Hari Anzac: kenang khidmat tentera Australia dan New Zealand

SYDNEY, 25 April- Hari mengenang perkhidmatan tentera Australia dan New Zealand yang berkhidmat sejak Perang Dunia pertama kembali dirai.

Ia setelah ditunda susulan ancaman COVID-19 yang menghadkan aktiviti tersebut yang sebelum ini disambut setiap tahun.

Di Darwin, Perdana Menteri Scott Morrison meminta semua pihak mengekalkan keamanan demi masa depan yang lebih baik di seluruh dunia.

Manakala di Christchurch, Perdana Menteri Jacinda Ardern mengesa agar generasi kini mengambil iktibar daripada perang yang banyak memberi kemusnahan.

Bagi salah seorang veteran perang, kesempatan bertemu semula rakan-rakan seangkatan yang masih hidup memberi makna besar kepada mereka.

"Kali pertama dalam 30 tahun, ini bagus. Berjumpa dengan beberapa rakan. Dan ya, selepas itu kita akan minum bersama-sama," katanya.

Hari ANZAC sebelum ini dirai bagi mengenang tarikh pendaratan Kor Tentera Australia dan New Zealand di Gallipoli, pada tahun 1915.

Kini ia dirai bagi memberi penghormatan kepada rakyat Australia dan New Zealand yang telah berkhidmat dalam perang, konflik dan operasi pengaman diseluruh dunia termasuk di Malaysia.-Reuters


(FOTO REUTERS)

Media Baharu