fb fb fb fb fb

Hamas lancar serangan roket ke Tel Aviv

Roket dilepaskan dari bandar paling selatan Gaza iaitu Rafah ke arah Israel hari ini/AFP

RAFAH, 26 Mei- Sayap bersenjata Hamas hari ini melancarkan serangan roket ke atas hab komersial Israel di Tel Aviv, yang kononnya dapat dipintas zionis.

Menurut Briged Ezzedine al-Qassam, serangan berkenaan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai zionis terhadap orang awam.

Difahamkan, sekurang-kurangnya lapan roket dilepaskan ke arah negara haram itu dari bandar Rafah.

Siren amaran berbunyi di Tel Aviv buat kali pertama dalam beberapa bulan, dengan wartawan AFP dilaporkan mendengar sekurang-kurangnya tiga letupan. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN
Tentera Israel 'makan umpan' Hamas terbunuh, jadi tawanan
Israel semakin 'besar kepala' ingkar perintah mahkamah tertinggi serang Rafah
ICJ arah Israel hentikan serangan di Rafah

SITI AISHAH MD ISA