JAKARTA, 9 November – Gunung Lewotobi Laki-laki di Indonesia telah meletus sekurang-kurangnya tiga kali pada awal pagi Sabtu, mengeluarkan kolum abu setinggi 9 km, sementara pihak berkuasa merancang untuk memperluas kawasan larangan, menurut pegawai.
Letusan besar pada Ahad di provinsi Nusa Tenggara Timur telah menyebabkan sembilan nyawa terkorban.
Sejak itu, pihak berkuasa telah menggiatkan usaha untuk mengevakuasi 16,000 penduduk dari kampung berhampiran kawah akibat letusan berterusan.
"Letusan yang disertai pancaran lava panas dan awan panas ke arah barat dan barat laut Gunung Lewotobi Laki-laki masih berlanjutan," kata Muhammad Wafid, Ketua Agensi Vulkanologi.
Agensi tersebut merancang memperluas zon larangan daripada 8 km kepada 9 km ke arah barat daya hingga barat laut kawah yang tidak boleh dimasuki, tambahnya.
Usaha pemindahan diteruskan, dengan sekitar 10,700 orang telah dipindahkan setakat petang Jumaat, menurut data agensi bencana Indonesia.
Pada Jumaat, Gunung Lewotobi meletus beberapa kali, menghasilkan kolum abu setinggi 10 km.-REUTERS