fb fb fb fb fb

Gunung Etna di Itali meletus hari ini

Rakaman dron menunjukkan wap dari kawah Gunung Etna di Itali hari ini/Reuters

ROME, 4 Ogos- Gunung Etna di Itali, salah satu gunung berapi paling aktif di Eropah meletuskan lahar disertai kepulan besar abu dan asap hari ini.

Aktiviti Etna meningkat minggu ini dengan letupan-letupan kuat.

Gunung setinggi 3,330 meter (m) itu dipercayai mempunyai sejarah letusan terpanjang yang pernah didokumenkan antara semua gunung berapi.

Etna meletus dengan dahsyat kali terakhir pada Desember tahun lalu. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA