fb fb fb fb fb

Gunung Anak Krakatau meletus lagi, hambur debu tebal

(FOTO AFP)

JAKARTA, 25 April - Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia meletus lagi pada Ahad, menghamburkan abu setinggi 3,000 ribu meter ke udara.

Pegawai agensi Geologi Indonesia, Deny Mardiono berkata pihaknya masih merekodkan letusan yang berterusan.

"Kami masih merekodkan letusan berterusan denganĀ abu tebal menjulang tinggi antara 500 hingga 3,000 meter," kata Deny Mardiono kepada AFP.

Dalam tempoh beberapa minggu lepas, Anak Krakatau telah meletus sekurang-kurangnya 21 kali dan letusan ini yang paling kuat.

(Gambar diambil dari Pantai Pasauran, Anyer Serang pada 24 April 2022 menunjukkan
Gunung Anak Krakatau mengeluarkan asap tebal ke udara/AFP)

Pihak berkuasa turut mengarahkan penduduk dalam lingkungan dua kilometer supaya tidak mendekati gunung berapi terbabit.

"Orang ramai termasuk pelancong harus mematuhi saranan agensi Geologi yang melarang sesiapa berada dalam lingkungan dua kilometer dari gunung berapi," tambah Deny Mardiono.

Kali terakhir gunung berapi Anak Krakatau meletus adalah pada 2018 dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan ratusan nyawa serta menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.-AFP

Media Baharu