fb fb fb fb fb

Gempa magnitud 6.5 landa British Columbia, Kanada - USGS

Foto hiasan

AMERIKA SYARIKAT, 16 September- Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda bandar pantai Port McNeill, di British Columbia, Kanada, pada Ahad, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa di Lautan Pasifik berada pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu) di bawah dasar laut, tambah USGS.

Bagaimanapun Pusat Tsunami Kebangsaan Amerika Syarikat tidak mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI