fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat gegarkan Selatan Filipina, amaran tsunami dikeluarkan

Penduduk dan kakitangan perubatan memindahkan pesakit dari dalam sebuah hospital selepas gempa bumi 7.6 magnitud melanda Bandar Butuan, di pulau selatan Mindanao, Filipina/FOTO AFP

MANILA, 3 Disember - Gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud menggegarkan kawasan pantai Pulau Mindanao, selatan Filipina beberapa jam lalu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Manila mengeluarkan amaran tsunami.

Gempa itu berlaku pukul 10.37 malam(waktu tempatan) pada kedalaman 32 kilometer.

Setakat ini belum ada angka korban atau kerosakan yang dilaporkan.

Beberapa jam kemudian, gempa bumi kali kedua berlaku berukuran 6.4 magnitud dan 6.2 magnitud menggegarkan rantau itu selepas gempa bumi pertama, kata USGS.

Gempa bumi awal mencetuskan amaran tsunami dan penduduk pantai diarahkan melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi.

Sementara itu, menurut Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina menerusi X berkata kejadian tsunami dijangka berlaku yang boleh mengancam nyawa.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii juga mengeluarkan amaran bagaimanapun kenyataan amaran bahaya telah ditarik balik.

"Tidak ada lagi ancaman tsunami daripada gempa bumi ini," katanya menerusi pesanan ringkas pada 4 petang waktu tempatan.

Institut seismologi Filipina mengekalkan amaran tsunami pada awal pagi ini. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN