fb fb fb fb fb

G7: Rusia penghalang keamanan adil di Ukraine

Foto Reuters

ROM, 16 November - Kumpulan tujuh negara industri (G7) menegaskan bahawa Rusia adalah satu-satunya penghalang kepada penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi perang di Ukraine.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Sabtu, sempena memperingati 1,000 hari pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

"Rusia kekal sebagai satu-satunya penghalang kepada keamanan yang adil dan berkekalan," ujar G7, yang kini dipengerusikan oleh Itali, dalam kenyataan mereka.

G7, yang turut dianggotai oleh Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, dan Amerika Syarikat, menegaskan komitmen mereka untuk mengenakan sekatan, kawalan eksport, serta langkah-langkah berkesan lain ke atas Rusia.

"Kami juga menyatakan sokongan yang teguh kepada Ukraine selama mana yang diperlukan, dan berdiri dalam solidariti untuk menyumbang kepada perjuangan mereka demi kedaulatan, kebebasan, kemerdekaan, integriti wilayah, serta pemulihan negara mereka," tambah kenyataan tersebut.

G7 turut mengakui kesan buruk pencerobohan Rusia terhadap golongan yang terdedah di seluruh dunia.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN