fb fb fb fb fb

Fosil reptilia purba ditemui di Brazil, lebih tua daripada dinosaur

Fosil reptilia purba berusia 237 juta tahun/Viory

PARAISO DO SUL, 20 Oktober- Ahli arkeologi di Brazil menemui fosil reptilia purba yang dipercayai berusia 237 juta tahun, wujud sebelum zaman dinosaur.

Penemuan itu dilakukan oleh Pedro Aurelio, seorang doktor dan peminat paleontologi di lapisan batu 'konkresi' di Rio Grande do Sul pada tahun 2014.

Fosil tersebut dikaitkan dengan spesies dikenali sebagai 'Gondwanax paraisensis' yang panjangnya sekitar satu meter dan tidak mempunyai ciri-ciri biasa dinosaur.

Rodrigo Temp Muller, seorang paleontologis, menjelaskan, "Haiwan ini lebih tua daripada dinosaur. Malah, ia tidak mempunyai ciri-ciri yang biasa terdapat pada dinosaur.”

Rakaman yang diambil di Paraiso do Sul pada Jumaat lepas menunjukkan sekumpulan pakar paleontologi sedang bekerja di lokasi penemuan fosil dengan harapan dapat menggali lebih banyak serpihan tulang untuk memahami sejarah evolusi makhluk purba itu dengan lebih mendalam.

"Kami telah menemui lebih banyak bahan daripada haiwan yang mungkin milik spesies ini atau sekurang-kurangnya saudara terdekatnya," jelas Muller.

Muller menambah, "Kami sangat hampir untuk memahami sejarah evolusi, bukan hanya bagi dinosaur tetapi juga semua nenek moyang mereka."

Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal Gondwana Research pada akhir September lalu. -Viory

2010 BD BRAZIL FOSIL PURBA 3
Sekumpulan pakar paleontologi sedang bekerja di lokasi penemuan fosil dengan harapan dapat menggali lebih banyak serpihan tulang/Viory

SITI AISHAH MD ISA