BOGOTA, 25 April- Ahli paleontologi telah menemui fosil kura-kura gergasi kuno di Colombia yang berasal dari kira-kira 57 juta tahun lalu.
Universiti Rosario yang mengetuai penggalian itu, memaklumkan, penemuan tersebut adalah kunci utama untuk memahami era prasejarah Amerika Selatan.
Fosil reptilia yang telah pupus; Puentemys mushaisaensis berukuran sepanjang kira-kira 1.5 meter (lima kaki) ditemui di perbandaran pergunungan Socha, di timur laut negara itu, kata Universiti Rosario dalam satu kenyataan hari ini.
Penemuan itu tidak pernah berlaku sebelum ini di kawasan Andes, kerana penggalian spesies lain terletak ratusan kilometer jauhnya berhampiran laut Caribbean.
Zaman kewujudan kura-kura tersebut adalah sebahagian daripada tempoh Paleogene dari 66 juta hingga 23 juta tahun yang lalu, era geologi pertama selepas kepupusan dinosaur.-AFP