fb fb fb fb fb

Fosil dinosaur tertua dunia ditemukan di Pergunungan Andes

Penyelidik CONICET, Agustin Martinelli, menganalisis rangka dinosaur spesies baharu Huayracursor jaguensis di makmal paleontologi Crilar, La Rioja, Argentina/Foto AFP

BUENOS AIRES, 17 Oktober – Sekumpulan saintis Argentina menemui fosil dinosaur tertua di dunia di Pergunungan Andes, menurut agensi penyelidikan negara (CONICET).

Penemuan itu melibatkan rangka hampir lengkap dinosaur kecil berleher panjang dikenali sebagai Huayracursor Jaguensis, ditemui pada ketinggian 3,000 meter di barat laut Argentina.

Rangka berkenaan mengandungi sebahagian tengkorak, tulang belakang lengkap hingga ke ekor, serta anggota depan dan belakang yang hampir sempurna.

Menurut penyelidik Agustin Martinelli, spesies itu dipercayai hidup antara 230 hingga 225 juta tahun lalu, menjadikannya antara dinosaur paling awal di dunia.

Walaupun berasal daripada kumpulan dinosaur berleher panjang yang biasanya besar, Huayracursor Jaguensis hanya berukuran dua meter dan seberat 18 kilogram.

Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal Nature dan dijangka membantu penyelidik memahami evolusi awal kehidupan dinosaur di bumi. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN