fb fb fb fb fb

Filem Animasi 'Spellbound' kupas isu perceraian ibu bapa

Foto Media Sosial

LOS ANGELES, 22 November - Pengarah terkenal Vicky Jenson menghasilkan filem animasi terbarunya Spellbound yang mengangkat isu sensitif seperti perpisahan atau perceraian ibu bapa.

Ia berbeza sebelum ini dengan filem aksi seperti The Parent Trap dan Mrs. Doubtfire yang menjadikan isu itu sebagai asas komedi.

Dalam Spellbound, ibu bapa seorang puteri muda Ellian, telah disihir menjadi raksasa, memaksa Ellian untuk cuba memperbaiki keluarganya yang hancur.

"Topik seperti ini iaitu ibu bapa yang tidak dapat hidup bersama masih dianggap tabu dalam animasi," kata Jenson, yang pernah mengarahkan filem terkenal Shrek.

Katanya, cabaran menerima isu berat dalam filem animasi Animasi itu menghadapi cabaran mendapatkan sokongan studio pengedaran.

"Ramaiberkata, ini filem yang indah dengan mesej yang hebat, tetapi kemudian hilang begitu sahaja," kata Jenson.

Menghadapi 'raksasa' dalam keluarga, filem tersebut mengisahkan Ellian (menggunakan suara Rachel Zegler) seorang puteri remaja yang gigih mencari penawar untuk menyelamatkan ibu bapanya, Ratu Ellsmere (Nicole Kidman) dan Raja Solon (Javier Bardem) daripada sihir misteri.

Ellian juga terpaksa merahsiakan keadaan itu daripada rakyat Lumbria, namun apabila rahsia terbongkar panik melanda, memaksa Ellian menjalani misi berbahaya.

Lebih mencabar, Ellian mendapati bahawa walaupun sumpahan itu dihapuskan keluarganya mungkin tidak akan kembali seperti dahulu.

Untuk menggambarkan reaksi Ellian terhadap ibu bapanya yang 'menjadi raksasa' secara realistik, pasukan produksi mendapatkan nasihat pakar psikologi keluarga yang mahir dalam isu perceraian.

Dongeng baru untuk realiti hari ini, Spellbound digambarkan sebagai parabel kontemporari yang mengambil pendekatan dongeng terhadap isu moden.

"Jika Shrek ialah pandangan moden terhadap dongeng, filem ini pula ialah dongeng yang membawa kisah moden," kata Jenson. - AFP

TETITIA YUSOFF